Nak beli DVD tu, boleh ke?
Selepas insiden cincau tu, Halim ngan Johan pegi la jalan lagi sebab Johan tak jumpa lagi jam Rolex yang menepati citarasa dia. Halim dah tak haus dah, tapi si Johan tu, kering lagi le. Selepas meninjau-ninjau beberapa vendor jam, Johan pon jumpa la satu design Rolex yang diminatinya. Angkat la satu. Siap dapat warranty 3 bulan. Memandangkan tekak Johan masih lagi ketandusan, dua orang brader ni pon pegi la cari tempat nak pot untuk membasahkan tekak sambil melihat aliran masyarakat berlalu (maknanya boleh la usha mana-mana ada awek cun).
Tapi, jadi lak masalah nak pot kat mana, sebab nak pegi Starbucks tak boleh, Yahudi punye. Nak pegi Coffee Bean tak boleh, Nasrani punye. Nak pegi San Franciso Coffee tak boleh, Cina punye (Danny Tan … tak tau la pulak dia ni Nasrani ke, Buddhist ke, tapi kira disqualified la). Alih-alih, pegi le kedai mamak Yusoof Ghafoor Nasi Kandar. Ha … sebenarnye, yang problem nak pegi ni Johan. Halim tu, kedai kopi apa-apa pon dia bedal. Kedai mamak tu, Johan okey sebab walaupon tu kedai India, tapi India-Muslim.
Sambil duduk minum teh ais (Halim) dan barli ais (Johan), datang pulak sorang mamat Cina ni, bawak DVD. Dia tanya la kalau nak beli. Brader dua ekor ni memang tak beli dari salesman bergerak macam mamat tu. Sebabnye, DVD yang diaorang bawak biasanya low-quality. Setengah tu, siap cinema-copy lagi. Brader-brader kita ni, kira ada class la sikit. Pegi beli kat Sungei Wang ke, Bangsar ke. Kalau tak clear boleh hantar balik dan ganti.
Arakian, tetiba je Halim terpikir lak satu perkara yang agak rumit. Dia pon tanya la Johan, “Eh, John, lu rasa kalau beli DVD tu, apa hukum dia ek?”
“Apahal lak lu tanya ni Lim?”
“Takde la, gua terpikir. DVD yang kita dok beli kat Sg. Wang ngan auntie kat Bangsar tu kan cetak rompak. Bukan kira mencuri ke tu?”
“Ada lak, lu ni. Kita bayar apa. Mana ada curi?”
“Memang la, kita bayar kat auntie tu. Tapi benda tu kan cetak rompak. Kalau beli ori mana dapat harga 10 ringgit, 9 ringgit. Nama pon cetak rompak la brader!”
“Gua tak tau la. Kalau beli ori mana nak mampu beli banyak-banyak. Jadi gua rasa, at least kalau beli yang DVD9 tu, kira okey la. Sebab kita orang Malaysia. Mana ada spending power macam Mat Salleh kat US.”
“Amende la lu, John. Gua pikir kan, kalau beli DVD cetak rompak tu, kira haram la. Gua rasa dosa kot kalau beli. Lepas tu tengok, dosa lagi satu round. Lagi-lagi kalau tengok yang tak censor punya, macam Basic Instinct II. Dosa tengok bogel lak.”
“Ah, gua malas la nak pikir mende-mende ni. Abis, kalau lu dah pikir haram, skang lu dah tak nak beli DVD ciplak lagi dah? Rugi oi! Banyak citer best lu takleh dapat yang ori punye.”
“Takde la, gila lu. Mana boleh tak beli ciplak. Gua saja je tanya. Sebab lu perangai macam ustad skang ni. Minum kopi pon pilih tempat.”
“Makan minum lain beb. Jadik darah daging. Kena jaga la skit.”
“Ooo … darah daging takut. Kepala otak lu tengok DVD ciplak takpe. Jadi lu punya makanan minda takpe.”
“Oi Halim, dah la. Gua malas nak citer ngan lu lagi dah.”