Archive for January 6, 2007

Sepagi di padang golf

Ada satu pagi ni, Halim dengan Johan pegi main golf. Permainan Sukan golf sekarang bukan macam dulu-dulu. Masa dulu, orang berjenis je boleh main, macam omputeh, anak-anak raja, orang kaya-kaya dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi. Sekarang ni, setiap lapisan masyarakat boleh main, dari orang-orang yang disebutkan tadi, ke manager-manager dan eksekutif-eksekutif, hinggalah ke brader yang jual burger depan 7-Eleven. Jadi Halim yang bekerja sebagai Jurutera Kanan di salah satu anak syarikat GLC di Shah Alam dan Johan yang berjawatan sebagai Penolong Pengurus Besar (Operasi) di satu syarikat Bumiputera di Bukit Jalil kira antara golongan median la yang main golf ni.

Sambil Halim dengan Johan tengah cantas rumput, tonjol bola golf tu, diaorang pon berborak la.

“Eh, John, lu ngan bos lu itu hari main golf ngan client, ok?” tanya Halim.

“Okla. Kita main match play sembilan lobang,” jawab Johan. “Biasa la, gua ngan bos gua bagi client menang.”

“Jadi, itu kontrak dah settle la?”

Settle dah. Semalam dah dapat LOI. Dia kata minggu depan runding harga, lepas tu dapat LOA dalam lagi satu minggu.”

LOI tu maknanya Letter of Intent. Macam surat tunang le. LOA pulak, Letter of Award. Tu macam dah nikah la.

“OK jugak ek, camtu. Kira cepat la lu punya company dapat kontrak tu,” kata Halim.

“Apa tak cepat. Kita punya harga quote kat dia dulu RM350,000. Lepas tu, dia contact bos gua suruh tukar jadik RM450,000. Yang pegi main golf tu, sebab dia nak bagitau kat kita syarikat consultant mana kita kena transfer yang lebih RM100,000 tu.”

“Lu punya untung berapa?” tanya Halim.

Company gua untung kasar, RM70,000,” jawab Johan.

“Siot la! Dia angkut lagi besar dari lu punya untung!”

“Bukan dia sorang je. Dia punya bos pon amik gak. Kalau dia punya bos tak amik, dah mesti punya bagi kontrak tu kat company lagi satu tu. Company lagi satu tu, cakap je Bumiputera, tapi sebenarnya proxy je. Cina punya, gua cakap sama lu!”

Syarikat si Johan ni syarikat IT. Diaorang supply perkakasan, seperti komputer, monitor, printer, dan lain-lain hardware yang bersangkut-paut dengan IT la. Kira macam bisnes impot-ekspot la, cuma takde ekspot, semua barang impot. Itu pon, kalau nak kira, bukan diaorang yang impot. Syarikat tu, reseller je, dan barang-barang yang diaorang jual tu, amik dari distributor. Yang distributor tu yang sebenarnya mengimpot barang-barang tu. Tapi kira geli la tu.

Client diaorang tu, sorang Pengurus Besar Kanan kat satu anak syarikat GLC kat KL. Syarikat tu bukak tender mintak supply laptop ngan printer. Bukan tender terbuka, tapi tender terhad, sebab bajet kurang dari RM500,000 boleh buat camtu. Jadi, syarikat tu jemput lima syarikat Bumiputera suruh masuk proposal. Syarikat Johan tu, syarikat ke enam yang masuk, sebab dua pupu bos dia kenal dengan adik ipar Puan Sri bini Chairman syarikat GLC tu.

“Eh, John, lu rasa tak salah ke lu punya company bagi RM100,000 kat lu punya client tu?” tanya Halim, saja je nak cocok Johan.

“Amende lak. Bukan bayar mamat tu terus. Kita bayar kat consultant, apa? Pas tu, kalau tak bayar consultant tu, tak dapat kontrak, beb!”

“Alah, macam la lu tak tau. Bayar kat company consultant tu, pusing-pusing masuk poket dia gak. Ntah-ntah, company tu, bini dia yang punya.”

“Tak lah. Gila lu bini dia punya. Company tu atas nama kakak ipar dia punya kawan. Takde sangkut-paut ngan dia lansung.”

“Hmm … ok lah tu, gua rasa.” Halim pon cepuk bola golf dia dengan kayu iron 5. “Cibai la, bola gua masuk rough.”

“Tu la lu. Cakap banyak sangat, tak concentrate,” kata Johan, tersengih.