Archive for January 9, 2007

Santau

Ada satu Ahad pagi ni, Halim dengan Johan tengah lepak kat kedai mamak dekat Menara MPPJ. Awal-awal tu, dua orang ni jalan-jalan kat tempat letak kereta MPPJ sebab ada Sunday Car Market. Halim tengah usha carik Satria GTI satu, buat suka-suka. Tapi takde yang menarik minat.

Sambil minum teh tarik (kurang manis), maka dua brader ni berborak la macam biasa.

“Oit, John, lu ada dengar citer tak pasal member kita Bob?” tanya Halim.

“Bob, anak Dato’ J? Takde lak. Apa citer si Borhan tu?” tanya balik Johan.

“Oh, takde apa. Dia dah baik dah.”

“Dah baik? Bila dia sakit?” Johan agak terkejut jugak, sebab dia tak tahu pun yang Borhan tu sakit.

“Eh, lu tak tau ke dia sakit? Lama dah. Tapi skang ni dah okeh.”

“Dia sakit apa?”

“Ha … itu soalan yang memang bernas. Ni gua nak cerita ni,” kata Halim. “Si Bob tu, dalam 3 bulan lepas camtu, tetiba je sakit. Macam lemah badan, lesu, makan tak selera, muntah-muntah, macam-macam la. Mula sikit-sikit, lepas tu teruk jugak.”

“Lepas tu?”

“Dia masuk la hospital. Mula masuk GH kat Kampung Baru, lepas tu pegi Ampang Putri, lepas tu Singapore. Habis kat Singapore, balik pulak Damansara Specialist.”

“Punya banyak hospital dia pegi! Kronik dengar. Sakit apa, beb?”

“Tu la pasal. Semua doktor dia pegi, tak tau apasal. Brader kita tu kena test macam-macam. Mula-mula, darah putih dia kurang. Doktor ingat leukemia. Lepas tu, darah putih dia terlebih, doktor ingat nyah-leukemia. Lepas tu …”

“Eh, brader, ada ke penyakit nyah-leukemia?” sampuk Johan.

“Gua tak tau. Gua saje je cipta nama penyakit tu, sebab sakit lebih darah putih gua tak tau amende.”

“Huh. Ye lah. Lepas tu?”

“Belakang, family dia dah tak tau nak buat apa, sebab tak baik-baik, bawakla pegi bomoh kat Grik,” sambung Halim. “Mula dia tak nak pegi, tapi bapak dia kata mesti jugak. Bomoh tu kira bapak dia punya regular la.”

Dato’ J, bapak Borhan ni, seorang usahawan Bumiputera yang agak berjaya la jugak. Dia ada syarikat construction kelas C, sebuah restoran satay kat Cheras dan jugak, yang paling utama, satu syarikat penjual kereta impot. Dato’ J ni salah sorang pemegang AP la, camtu.

Halim teruskan cerita dia, “Sampai kat pot bomoh tu, Bob dengan bapak dia masuk. Bini dia dengan mak dia kena tunggu kat luar, sebab bomoh tu cakap, takleh ada awek masa berubat.”

“Apahal lak takleh ada awek?”

“Mana la gua tau! Lu ni nak gua citer ke tak?”

“Alah, ye lah, ye lah.”

“Arakian, dia pon …”

“Amende lu arakian pulak ni?”

“Oi, lu sampuk lagi sekali, gua takmo citer dah,” Halim sound Johan.

Johan buat muka derk je, sambil tak cakap apa-apa.

“Okeh, gua sambung,” kata Halim, puas hati. “Arakian, Bob pon pegi la baring atas tilam dekat bilik rawatan bomoh tu. Bomoh tu ada kemenyan la, kunyit la, daun sirih la dan entah apa lagi gua tak tau. Dia letak benda-benda tu keliling Bob, pastu dia duduk bersila tepi dada Bob sambil ada piring air kat depan dia. Air tu macam air jampi la. Bomoh tu pon kumat kamit baca ayat-ayat macam-macam. Lepas tu, dia hembus kat muka Bob.

Lepas dia dah hembus, dia stare abis-abis kat dalam piring air tu. Lepas tu, dia cakap kat Bob ngan bapak dia, “Anak ni, nampaknye dah kena santau. Ada orang dengki. Kuat jugak santau dia ni, tapi takpe, jangan risau. Pokcik boleh lawan.” Bomoh tu pon kumat-kamit balik, baca jampi serapah. Lepas tu, bomoh tu datang dekat dada Bob, dia letak mulut dia atas dada Bob.”

“Hah! Dia pegi cemolot dada Bob?” tanya Johan, tak percaya.

“Tak. Dia sedut!” jawab Halim. “Dia sedut-sedut, lepas tu dia angkat muka dia, terus kalih kat piring air tu. Dia ludah kat dalam tu. Lu tau apa keluar?”

“Entah. Apa keluar?”

“Brader, lu mesti tak caya punya. Keluar paku besar satu, karat habis-habis dengan tiga, empat keping kaca. Mulut bomoh tu sampai darah sikit.”

“Dada Bob takde mende?”

“Tu yang pelik. Takde mende. Gua pon masa Bob citer gua tak caya, gua cakap lu. Tapi, Bob sendiri pon kata dia tak caya. Tapi memang jadik, dia cakap.” Halim amik seteguk lagi air teh tarik dia. “Lepas dah keluar paku ngan kaca tu, bomoh tu kumat-kamit lagi baca sambil stare kat dalam piring tu. Lepas tu dia cakap kat bapak Bob, “Anak kamu ni bukan orang sebenarnya yang nak disantau. Mereka yang buat ni, nak santau kamu. Tapi kerana perlindungan kamu tu kuat, santau tu mengena dengan anak kamu. Pokcik dulu lagi dah nasihatkan kamu, bukan kamu sorang je yang kena pakai ilmu pelindung, tapi anak lelaki kamu pun kena ada.“”

“Uish, Dato’ J tu ada protection, eh? Terrer jugak Dato’ tu,” kata Johan. “Kenapa lu agak dia sampai kena ada lindung tu?”

“Tu la dia, Dato’ J tu. Gua dengar dari sedara Bob, memang ada orang dengki kat dia. Business partners dia. Ada Melayu sorang ngan Dato’ bangsa Cina sorang. Masa Dato’ J dapat AP tu, dia dah partner ngan dua orang tu buat bisnes construction ngan transport. Dia janji nak bukak la kedai jual kereta impot tu ngan diaorang, tapi ikut kata sedara Bob, Dato’ J dah pegi kencing diaorang. Belakang, bengang la partner-partner dia tu.”

“Jadi, partner-partner dia la yang pekena kan Bob?”

“Dengar citer, yang Melayu tu je. Dato’ Cina tu mula-mula bengang tapi lepas tu takdak hal. Masa Bob sakit tu, Dato’ tu siap datang lawat apa suma. Tapi partner yang lagi sorang tu, dah tak dengar citer lansung dah.”

“Jadi Bob skang dah okeh la ye? Lepas jumpa bomoh tu, kira dah sembuh la?”

“Ha’ah. Pastu, bapak dia suruh bomoh tu buat pelindung kat Bob sekali. Skang ni, member tu ada pakai tangkal kat tengkuk dia. Takleh bukak lansung, dia kata. Mandi ke, romen ke, apa ke, takleh bukak. Gua mintak nak tengok, tapi dia tak bagi. Bomoh tu cakap, tiap-tiap tahun kena renew dia punya tangkal punya jampi. Jadik, setahun sekali kena pegi Grik … selagi bomoh tu hidup la. Bila dia dah mati nanti, tak tau lak apa plan Bob ngan bapak dia.”

Dua brader kita senyap seketika. Kemudian, “Lu percaya ke mende-mende ni, Halim?”

“Tak tau la gua, John. Gua macam suspect bomoh tu main David Copperfield ngan Bob dan bapak dia. Tapi, lepas jumpa pokcik tu, si Bob tu terus sembuh lak. Gua tak tau la …”