Archive for January 16, 2007

Macam mana nak parking kat Putrajaya

Selamat petang, saudara dan saudari. Hari ni di mentera.org, kita nak perkenalkan satu seksyen baru yang dikenali sebagai seksyen Tanya Pokcik. Dalam seksyen ni, sesapa yang berminat, bolehlah mengajukan soalan-soalan kepada Pokcik Seman yang kita bawakan khas dari Kampung Petai Dalam, Grik. Pokcik Seman merupakan seorang bijak pandai cendekiawan terbilang dan banyak pengalaman dalam mengharungi hidup sehari (dan Pokcik Seman jugak murah, kira kat mentera.org ni tak payah bayar dia banyak-banyak). Cukuplah buat masa ni sesi pengenalan Pokcik Seman. Untuk lebih lanjut latar belakang Pokcik, kita akan ceritakan lagi di hari-hari yang lain.

Untuk merasmikan seksyen Tanya Pokcik ni, kita ada satu soalan dari pembaca setia kita, En. Abd. Halim,

“Pokcik, saya Halim dari Lot 2741, Jalan PJS 10/18, Seksyen 18, Bandar Utama, 48226 PJ ingin menanyakan Pokcik tentang masa yang terbaik untuk bertolak dari rumah saya ke Putrajaya untuk hadir diri di satu mesyuarat pada pukul 10 pagi. Mesyuarat tersebut akan diadakan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima kasih terdahulu atas kesudian Pokcik membaca dan menjawab soalan saya.”

Terima kasih, En. Halim atas soalan tadi. Berikut adalah jawapan Pokcik:

“En. Halim, Pokcik ni tak la pandai sangat jalan-jalan kat Putrajaya tu. Maklumlah, Pokcik duduk kat Grik. Bukannya dekat ngan Putrajaya tu. Tapi, kalau Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA, tu, kalau tak silap Pokcik lah, dekat Parcel C. Kalau camtu, memandangkan mesyuarat tu pukul 10 pagi, Pokcik nasihatkan kamu keluar rumah dalam pukul 6.30 pagi. Ini supaya kamu boleh sampai sana dalam pukul 7.30 pagi. Maklumlah, kadang-kadang tu sesak lalu lintas dekat nak keluar tol NKVE dari Damansara, ye tak? Jadik, sejam nak sampai dari rumah kamu ke Parcel C, kira betul la tu.

Itu untuk mesyuarat pukul 10 pagi. Kalau mesyuarat kamu pukul 9 pagi, Pokcik cadangkan supaya sampai sana pukul 7.30 pagi. Kalau mesyuarat tu pukul 8.30, 10.30, 11 ataupon 12 dan semua waktu di antaranya, Pokcik cadangkan supaya sampai sana pukul 7.30 pagi jugak. Pendek kata, kalau ada mesyuarat sebelah pagi kat mana-mana jabatan atau kementerian kat Parcel C tu, kena sampai kat sana pukul 7.30 pagi. Kenapa, kamu tanya? Sebab takde parking kalau sampai lambat.

Kalau ada mesyuarat sebelah petang pulak, haa … kena sampai sana pukul 12.45 tengahari. Sebab orang keluar makan, jadik ada la lobang satu dua nak selit kereta kamu tu.

Itu untuk Parcel C. Sebab Pokcik tengah syok jawap ni, biar Pokcik citer untuk parcel yang lain-lain sekali. Kalau Parcel D, mesyuarat sebelah pagi, kalau kamu tak pandai, kena sampai pukul 7.30 jugak. Kalau kamu pandai, memang ada lobang nak cilok kat belah bawah belah kanan. Masa kamu masuk kat Parcel D tu, toleh belah kanan dan kamu akan nampak banyak bas-bas gomen. Haa … kat situ boleh parking. Belah petang pon sama la jugak.

Kalau pegi Parcel E, yang ni leceh sikit. Jadi, Pokcik rasa sampai sana pukul 7.30 paling afdhal le. Kat sana tu, kalau pandai banyak lobang. Celah antara E6 ngan E7 tu boleh, kenkadang. Tapi kalau susah, pukul 7.30 pagi le.

Ada dua parcel lagi yang kita mungkin boleh pegi, iaitu Parcel B dan Parcel A (opis PM). Kat Parcel B tu banyak jugak agensi kerajaan macam MAMPU dan EPU, dan jugak pejabat pos, ATM Maybank dan CIMB. Tapi mungkin agensi yang nak di pegi tu Biro Pengaduan Awam sebab kamu nak komplen pasal susah nak parking kat Putrajaya. Haa … untuk parcel ni, parking senang sebab disediakan tempat untuk pelawat kat luar. Tapi kenkadang penuh jugak sebab orang pegi temuduga amende entah kat sana. Masa ada temuduga tu, kenkadang punya penuh rakyat jelata pegi kat Parcel B sampai melimpah parking ke Dataran Putra. Dan jugak, kita boleh nampak rakyat kita picnic, tebar tikar kat kawasan rumput sekeliling tempat parking tu. Kira meriahlah, walaupun takde tempat nak letak kereta.

Akhir sekali, Parcel A. Yang ni, memang boleh gerenti ada parking, sebab memang tak ramai orang biasa pegi jumpa PM dengan geng-geng dia. Orang besor-besor ramai le, tapi diaorang tu ada drebar dan parking kat dalam. Tapi orang biasa macam kita, kalau mesyuarat pukul 10, kena sampai pukul 9.30 paling lewat, sebab lepas parking kereta, kena masuk rumah kecik bagi IC. Lepas tu kena jalan naik turun lalu dua lagi kawalan keselamatan baru sampai ke bangunan opis PM. Itu baru kat Presinct 1. Kat Presinct 2, Pokcik nak citer pasal parki….”

Begitulah jawapan Pokcik Seman kepada En. Abd. Halim dari Seksyen 18, Bandar Utama. Pokcik kata kat saya, sebenarnya banyak lagi dia nak jawab sebab tu tak habis lagi tu! Dia sampai nak cerita parking kat Perbendaharaan, Akauntan Negara, Jabatan Pendaftaran, Istana Keadilan Palace of Justice, dan yang lain-lain tu lah. Tapi dah boring saya tulis untuk dia. Lain kali je lah ye?

Sebagai penutup kata, kalau ada soalan-soalan lain nak tanya Pokcik, silalah. Jangan le malu.

Punditry

Everyone wants to be a pundit nowadays. I guess the satisfaction of having your say to your hearts content, and having legions of adoring fans must do something for the soul. At least for those whose soul lacks any substance, as to find any small quantity satisfying.

Punditry used to be about having analytical skills, and articulating opinions in a manner where both sides of the coin are examined, and the positives were found wanting. It also used to be about exploring possible alternative actions that could have been taken in order to avoid the undesirable circumstance. To top it all off, it also used to be about inviting subject matter specialist to discuss possible fixes and solutions.

Now, in line with the integration of technology and the convergence of media, punditry is all in one and simplified as well. All that needs to be done is string together half truths or rumours, add a little spice and scream bloody murder. The more polite ones ask for answers, which essentially means all and sundry are obligated to be guilty until proven beyond a single doubt to be innocent.

All in the name of free speech.