Kisah supply “ding-dong”, bahagian I

April 3rd, 2007 gier Posted in Gemilang Jasabakti, Mentera Moden | 4 Comments »

Satu pagi ni, Halim terima panggilan tepon dari Johan.

“Halim, lu kat mana?”

“Gua kat opis. Lu kat mana?”

“Gua baru keluar meeting. Gua kena jumpa lu hari ni gak, brader. Ada peluang baik, sial”

“Okey. Gua boleh keluar kul 5.30 hari ni. Gua jumpa lu tempat pot biasa? Kul 6.”

“Orait.”

Arakian, pada pukul 6 petang, berjumpalah dua rakan kita, Halim dan Johan, di pot biasa mereka, Restoran Al-Maudood Nasi Kandar 24 Jam. Johan, dengan tidak berlengah-lengah lagi, terus open story ngan Halim.

“Brader, gua tadi meeting ngan sorang Datuk ni. Dia nak bukak kedai 24 jam macam 7-11.”

“Okay … ” Halim agak pelik sikit la. “Apa kena mengena ngan gua pulak, Datuk tu nak bukak kedai?”

“Ni gua nak citer ni. Datuk tu kata dia nak bukak dalam 300 branch kat satu Malaysia ni. Itu baru start je. Lama-lama nanti, dia nak ada dalam 1,500 kedai seluruh Malaysia.”

Halim masih terkebil-kebil, tak paham.

“Kat semua kedai tu, bila lu masuk, ada bunyi ding-dong.”

“Ding-dong?”

“Macam kedai 7-11 tu la. Kan kalau lu masuk 7-11, nak beli rokok ke, nak beli getah licin ke, kat pintu tu bila lu bukak kan ada bunyi ding-dong?”

“Okay …” Halim tengah pikir si Johan ni terantuk ke kat mana-mana siang tadi, sampai ni dah jadik biol.

“Datuk tu cakap kat gua, dia nak pass kontrak supply ding-dong tu kat gua. Kira gua ngan lu la.”

“Nak supply ding-dong? Berapa riggit ding-dong tu? Lu tau ke kat mana nak dapat?”

“Brader, itu takdak hal. Datuk tu dah settle kan semua tu. Dia dah ada distributor, tinggal dia nak kita beli dari distributor, pas tu supply kat dia,” kata Johan.

“Kenapa dia tak beli terus je dari distributor tu … ” Tetiba je, lampu bulb kalimantang menyala dalam gaung yang dikenali sebagai kepala otak Halim.

Johan kemudiannya terus terangkan kat Halim segala aspek bisnes ngan Datuk tu. Harga ding-dong dari distributor tu, RM45. Datuk tu nak diaorang jual kat kedai Datuk tu, RM300. Jadik, diaorang buat duit, RM76,500 untuk 300 kedai. Datuk tu nak separuh, jadik Halim ngan Johan buat duit RM38,250. Ikut kata Johan, Datuk tu nak test je dulu kalau diaorang ni ada tokoh nak jadik usahawan Bumiputra yang cemerlang. Kalau okey yang tu, Datuk tu akan bagi lagi kontrak-kontrak lain, macam supply lagi ding-dong tu untuk kedai-kedai dia yang nak sampai 1,500, dan jugak apa-apa lain yang berbangkit lah, seperti mendapatkan AP. Tapi tu semua jauh lagi. Buat masa ni, kena tunjuk kat Datuk tu yang brader dua orang ni, berwibawa.

Setelah Halim dengar penjelasan Johan, dia pon macam teruja la jugak. “Eh, John, abis kita kena buat apa sekarang ni?”

“Sekarang ni kita kena bukak syarikat. Harga nak bukak Sdn. Bhd. dalam 2,000 ringgit camtu,” jawab Johan. “Gua masuk 1,000, lu masuk 1,000, ok?”

“Orait la tu, gua takdak hal.”

Maka tertubuhlah syarikat Gemilang Jasabakti Sdn. Bhd. dengan saham dibenarkan sebanyak RM100,000 dan saham berbayar sebanyak RM2. Johan seringgit, Halim seringgit.

Bersambung …

4 Responses to “Kisah supply “ding-dong”, bahagian I”

  1. Title can be interchanged with the following…

    “Usahawan Bumiputra for Dummies”
    “Who Moved my Belacan? A Guide to be a Successful Bumiputra Entrepreneur”
    “Making Money the Bumi Way”

    Interesting… waiting for part II…

  2. Hahahahahahahaha…. Wicked!

  3. [...] Kisah supply “toner” By gier Maka alkisahnya Syarikat Gemilang Jasabakti Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Halim dan Johan, setelah berjaya dalam urusniaga mereka yang pertama, semakin rancak maju kehadapan. Sesudahnya membekalkan ding-dong dulu, Gemilang Jasabakti mendapat kontrak-kontrak lain pula. Antaranya ialah membekal “toner” untuk sebuah Jabatan kerajaan di bawah satu Kementerian. [...]

  4. [...] berjaya dalam urusniaga mereka yang pertama, semakin rancak maju kehadapan. Sesudahnya membekalkan ding-dong dulu, Gemilang Jasabakti mendapat kontrak-kontrak lain pula. Antaranya ialah membekal “toner” [...]

Leave a Reply