Gemilang Jasabakti Sdn. Bhd. (Kisah supply “ding-dong”, bahagian II)
April 10th, 2007 gier Posted in Gemilang Jasabakti, Mentera Moden | 2 Comments »
Tiga Minggu Kemudian
Tiga minggu selepas perbincangan itu, syarikat Gemilang Jasabakti S|B telah ditubuhkan and didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan jayanya. Oleh kerana Johan yang bukak line bagi Halim, dia melantik diri dia jadi Pengerusi Eksekutif and Halim pulak jadi Pengarah Urusan.

Diaorang punya “business card” pon dah siap dan Johan punya seperti yang tertera kat atas tu. Kad tu dibuat kat kedai Print Station kat Mid Valley. Tingkat LG, tepi KFC. Situ cepat, 2 jam siap.
Pada ketika itu, Johan dan Halim sedang mengadakan mesyuarat lembaga pengarah GJSB di pejabat urusan syarikat tersebut, yang beralamat di Meja 13, Restoran Al-Maudood Nasi Kandar 24 Jam. Syarikat yang tak sampai satu bulan lagi ni, sedang menghadapi krisis pertama mereka, sebab supplier ding-dong tu mintak duit dulu sebelum diaorang supply. Masalahnya, Dato’ tu mintak GJSB supply dulu baru Dato’ tu punya syarikat nak bayar. Kira kena hantar, lepas tu invoice, baru la boleh bayar.
Nak dikirakan, masalah ni bukan le satu masalah yang tragis sangat. Tapi supplier tu dah bagitau kat usahawan-usahawan kita ni dia akan supply 300 sekali, dan brader kita dua orang ni kena bayar RM 14,000.00. Harga satu ding-dong RM 45, jadik 300 ding-dong harga RM 13,500. Lepas tu, salesman supplier tu mintak duit kopi RM 500 supaya diaorang boleh hantar barang tu cepat.
“John,” kata Halim. “Gua rasa gua boleh korek dulu dalam 4,000 ringgit. Gua pinjam duit mak gua. Dia baru dapat EPF.”
“Ah, bagus gak tu,” jawab Halim. “Bini gua semalam baru kata dia boleh bagi pinjam 5,000 ringgit. Dia amik dulu dari Tabung Haji dia.”
“Jadik, kat dalam bank ada 6,000 ringgit. Kita sumbat masuk duit kita, lepas tu buat cek 14,000,” kata Halim. “Settle lah camtu.”
“Tak,” jawab Johan. “Kita buat satu cek 13,500. Yang lagi 500 tu kena bagi cash la brader.”
“Oh, ya.”
Seminggu Selepas Itu
Johan menalipon Halim.
“Eh, Halim. Dato’ tu cakap lu kena hantar invoice tu lagi sekali. Sebab dia kata salah eja nama syarikat. Lepas tu, dia cakap invoice tu tak terang. Ada jalur-jalur.”
“Ye lah, gua buat lain. Masa tu, printer bubblejet gua habis ink. Gua tak beli refill lagi,” jawab Halim.
“Amende lu ni! Kalau printer abis ink, lu ganti dulu la. Sial la!”
“Ye lah, ye lah. Gua dah ganti dah ni. Esok gua hantar invoice baru.”
“Hmmph!”
“Cibai lu!”
Empat Minggu Seterusnya
Halim dan Johan sedang bersidang lagi di pejabat urusan mereka. Setelah sebulan GJSB hantar invoice kat Dato’ tu, takde nampak-nampak lagi bayaran.
“John, lu rasa Dato’ tu real ke nak bayar kita ni?” tanya Halim. “Mak gua dah tanya dah minggu lepas. Dia kata gua songlap duit dia. Nasib baik dia tu mak gua. Kalau tak, gua dah ngamok dah.”
“Gua tepon dah Dato’ semalam. Dia kata dalam seminggu lagi dapat la duit tu. Lu jangan risau la, brader. Mesti dapat punya. Gua pon pressure gak ni. Bini gua pon dah kata kat gua, duit dia pinjam tu nak buat naik haji, toksah main-main.”
“Apahal lambat sangat, tapi? Dulu kata dalam seminggu dah boleh bayar.”
“Syarikat dia ada cash-flow problem skit. Diaorang mintak loan Bank Pembangunan tak lepas lagi. Tapi sekarang ni, ada sorang Dato’ cina ni nak bagi advance dulu.”
“John, Dato’ lu ni takde duit sendiri ke?”
“Halim, dia bukan takde duit, tapi kalau pakai duit sendiri kira tak pandai la. Gomen kan ada banyak duit. Nak tolong Bumi. Lepas tu, Dato’ ni memang pandai buat duit pon. Lu ingat apasal dia pow kita sekali?”
“Okeh, okeh …”
Seminggu Berikutnya
Saat yang bahagia, akhirnya datang jugak. Syarikat Dato’ tu dah pon siapkan cek dan dah di tandatangan. Tinggal nak pegi kutip je. RM 90,000 untuk 300 ding-dong, pada harga RM 300 satu. Bila mendapat panggilan dari akauntan Dato’ tu, Johan ngan Halim terus ponteng kerja pegi amik cek. Sebelum amik cek tu tapi, Halim dan Johan sendiri bukak cek sebanyak RM 38,000 — Dato’ tu punya bahagian.
Maka selesailah urusniaga sulung syarikat Bumiputera 100%, Gemilang Jasabakti Sdn. Bhd. yang diterajui oleh anak watan berwibawa, Halim dan Johan.
Mungkin ada jugak yang bertanya, apa jadik kedai macam 7-11 yang 300 tu. Kat mana kedai tu, ye tak? Akhirnya, tak jadik pon projek tu, sebab Bank Pembangunan tak lepas loan. Bank Usahawan pon tak lepas. Rupanya, Dato’ tu pakai nama anak dia, dan anak dia tu dulu ada kes sikit — kena kantoi ganja kat ITM. Ding-dong yang 300 tu … ada la kat mana-mana tu.
Gemilang Jasabakti pulak? Ha … bila ada masa, gua citer lagi. Sebab tak abis lagi ni.
April 17th, 2007 at 13:41
interesting… :))
September 13th, 2007 at 14:22
[...] You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site. 2 Responses to “Kisah supply “ding-dong”, bahagianI” 1 sleme says: April 3rd, 2007 at 11:54 Title can be interchanged with the following… [...]