Ezam keluar PKR — Satu koop ditat yang gagal
June 26th, 2007 gier Posted in MILF-PRON, Mentera Moden, Politics | No Comments »
Mengikut laporan daripada komik atas talian, Malaysiakini, Ezam Mohd. Noor telah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat, atas sebab “hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinannya, termasuk mentornya dan ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.” Pengeluarannya ini menyusuli pengeluaran mantan bendahari agung PKR, Abdul Rahman Othman and salah seorang ahli glamernya, Dato’ S. Nallakaruppan.
Mengikut laporan tersebut, antara sebab-sebab Ezam mengundur diri dari PKR ialah pada pandangannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap sebagai diktator yang lemah dan berada dibawah telunjuk naib presiden PKR, Azmin Ali. Menurut Ezam lagi, Anwar “dikatakan telah mengarah bahagian Permatang Pauh supaya tidak membuat sebarang pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.”
Walaubagaimanapun, tuduhan Ezam itu telah disangkal oleh Timbalan Ketua Bahagian Keadilan Permatang Pauh, Che Mat Hashim di dalam satu kenyataan yang boleh di baca pada pautan ini: Sah Ezam Keluar PKR. Perkembangan ini boleh dilihat sebagai petanda yang PKR berada di dalam satu krisis, yang mana jika tidak ditampan, boleh membawa kepada parti tersebut meledak dengan sendirinya.
Jika dilihat dari aras muka, sememangnya itulah kesimpulan yang ketara, terutama sekali jika kita menilai kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Sdr. Ezam dan Dato’ Nalla (Sdr. Abdul Rahman Othman tak kata apa-apa, dia belah aje). Akan tetapi, penganalisis kami di MILF-PRON mempunyai kesimpulan yang berbeza dan berwawasan — iaitu, pengeluaran personaliti-personaliti tersebut adalah kerana mereka merupakan sebuah cabal yang cuba untuk menjalankan satu koop ditat (satu perkataan Belanda yang telah di Melayukan) keatas pucuk pimpinan PKR — yang akhirnya terkandas.
Berdasarkan dokumen-dokumen rahsia yang kami jumpai (di belakang rumah RPK), MILF-PRON mempunyai bukti yang angkuh kukuh untuk menyokong dakwaan kami ini. Dalam menganalisa dokumen-dokumen tersebut, tidak syak lagi bahawa Ezam, Abdul Rahman dan Dato’ Nalla berkomplot untuk menjatuhkan pimpinan aristokratik dan lembik Datin Seri Wan Azizah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Juga, mereka merasakan Anwar tidak mengotai janji-janji manis yang dituturkan kepada mereka sepanjang menjadi ahli PKR. Umpama kata pujangga negara yang popular seketika dulu, Gingerbread:
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini
Selain daripada itu, sikap tidak demokratik yang dipamirkan oleh Datuk Seri Anwar yang lebih mendengar kata-kata Azmin Ali and Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim (dan tidak kurang juga Datin Seri Wan Azizah dan Nurul Izzah) menaikkan perasaan jeles dan kecil hati di dalam jiwa mereka. Ini adalah kerana, dalam pendapat mereka, adalah lebih demokratik jika Datuk Seri Anwar mendengar kata-kata mereka.
Sejurus daripada itu, mereka dan penyokong-penyokong mereka (yang terdiri dari semua golongan kaum, seperti bangsa Melayu, Cina, India dan Lain-lain) mengadakan perjumpaan rahsia di hotel-hotel and rumah-rumah tumpangan terkemuka di sekitar Wilayah Persekutuan dan Ijok. Di dalam perjumpaan yang beberapa kali itu, mereka merancang koop ditat untuk mengambil alih pucuk pimpinan PKR daripada Datin Seri Wan Azizah, sambil meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai pengerusi boneka.
Walaubagaimanapun, koop ditat ini gagal, seperti yang kita ketahui. Antara sebab kegagalan koop ditat ini ialah kehilangan semangat Dato’ Nalla setelah dia menyedari bahawa ahli baru berbangsa India yang dibawa masuk olehnya ke dalam PKR bukanlah berjumlah 1,000,000,000 tetapi sebenarnya 10. Bagi Abdul Rahman Othman pula, dia merasakan bahawa bergabung tenaga dengan orang bukan Islam mungkin bukan cara yang terbaik, maka dia pun mengambil keputusan untuk menyertai PAS, kerana PAS adalah parti yang tidak mengira kaum, asalkan kaum itu beragama Islam. Untuk Ezam pula, dia merasakan teramat bosan dengan kerenah Dato’ Nalla and Abdul Rahman, maka dia bermula untuk lebih menumpukan perhatian kepada NGOnya, GERAM. Diatas sebab-sebab yang telah kami nyatakan di atas, bercampur dengan sebab-sebab lain, arakian terkuburlah usaha koop ditat ini, akibat habis nafas.
Begitulah kesimpulan analisa yang dijalankan oleh penganalisa-penganalisa zakar pakar di MILF-PRON. Sekian, terima kasih.
NOTA: Ini adalah rekaan semata-mata. Jangan ambil serius, ye.
Leave a Reply