Nostalgy Rock Kapak

July 30th, 2007 gier Posted in Mentera Moden | 3 Comments »

Sekarang ni, nak tulis blog susah skit. Sebab macam-macam isu blog ni. Yang terbaru, Menteri Penerangan Datuk Seri Zainudin Maidin kata ada penulis blog politik (goblok???) yang jadik dalang kuasa asing. Bior betul!

Jadik, gua dah potoi. So, malam ni, gua nak goreng skit pasal rock kapak. Ni kira macam nostalgia la. Yang jadik citer ni, semalam gua lepak kat Speedy Video, sambil-sambil tengok kalau ada citer DVD Indon baru ke, dan jugak nak pikir kalau nak beli VCD “Jangan Pandang Belakang” ke tak (gua tak beli). Alang-alang dah tgk tu, gua lalu je la area CD Melayu, tengok-tengok. Ternampaklah ada CD Search, “Gothik Malam Edan”. Gua tak beli lagi, sebab tak sure lak sedap ke tak. Search ni, bukan la gua punya favourite sangat.

Aaanyway, teringat la zaman dulu-dulu. Tahun 1983/1984 camtu, Search main kat “Hard Rock Cafe” kat Taman Tun Dr. Ismail. Itu bukan HRC betul tu, ciplak punya. Sekarang HRC tu dah jadik Affin Bank. Kalau pegi TTDI, pegi tengok belakang Shell kat area Zaaba tu. Setentang ngan Affin Bank tu, dulu Panggung Wayang Ria. Gua ngan member gua, Sleme, pegi tengok “Return of the Jedi” kat situ ada dalam tiga kali kot. Kita balik sekolah agama (sekarang dah jadik kuarters guru), jalan pegi panggung. Sekolah agama abis kul 5, RotJ start 4.50, so dalam tiga-tiga kali tu kita tengok, tak sekali pon dapat tengok start citer tu. Kah kah kah!

Masa tu Search takde album lagi. Diaorang main lagu orang lain la, kebanyakannya. Petang-petang, gua ingat lagi, kenkadang brader-brader Search tu ada pegi taman kat Taman Zaaba, join kita budak-budak main bola, main takraw. Kitaorang rasa gempak la jugak sebab brader-brader rockers ni join kita main.

Arakian, pada tahun 1985, Search keluarkan album sulungnya, “Cinta Buatan Malaysia”. Dan meletuplah zaman rock kapak kat Tanah Melayu ni[1].

Pada tahun 1986, mulalah siri Battle of the Bands. Masa tu, gua duduk kat hostel Victoria Institution, yang terletak kat sebelah Stadium Negara. Gua beli album BotB, dan jugak pegi konsert dia kat Stadium Negara. BotB ni, ada lima band kalau tak silap — Lefthanded, Bloodshed, Ella & the Boys, Rahim Maarof & Whitesteel dan SYJ. Dia punya lagu tema BotB ni, yang semua band nyanyi ialah “Hapuskan Lanun Cetak Rompak” kalau tak silap gua la tajuk dia. Kah kah kah! Dah 20 tahun lebih dah, pasal cetak rompak ni.

Gua ingat lagi konsert yang gua pegi tu. Tergelak gak tengok Rahim Maarof jadik rockers, sebab sebelum tu dia popular ngan lagu “Lizawati” — “Oh Lizaaaa … Lizawatiiii ….”. Kah kah kah!!! Tetiba, pakai seluar ketat, nyanyi rock siot!

Gua ingat penyanyi Bloodshed, dia loncat atas kepala pemain gitar band tu yang tengah melutut goreng gitar dia. Malangnya, masa penyanyi tu loncat, lutut dia terkena bahu guitarist tu, maka tersungkurlah mamat penyanyi Bloodshed tu. Tapi, atas dasar-dasar professional (dan “cover line”), brader tu nyanyi sambil terbonkang atas lantai. Gua cakap lu, pakai seluar ketat, toksah loncat-loncat. Kah kah kah!!!

Ella & the Boys — apa nak cakap ye. Gua rasa mungkin tiga suku jantan-jantan kat Stadium tu mengharap nak jadik “Dua Insan Bercinta” ngan Ella.

Lefthanded kira band yang paling establish sekali masa tu. Diaorang tu, macam terlepas la can nak jadik macam Search, dapat buat album. Walaupun tahun berikutnya, keluar gak album pertama Lefthanded. Diaorang main malam tu, memang lu tengok pon tau, diaorang ni terer. Tolak Lord dari Ella & the Boys, geng Lefthanded ni memang nampak paling banyak makan garam le.

Kumpulan SYJ pulak … entahla gua nak kata. Masa tu, diaorang ni macam nak jadik Twisted Sister pon ada, nak jadik KISS pon ada. Tapi, skill kurang skit. Dah la lagu pon macam bangang.

Pada tahun 1987, gua ingat ada Clash of the Bands ke, apa ke entah — kat Picadilly, Damansara Jaya. Gua ingat sebab kalau tak silap, buat hari Ahad, time tea-dance tu. Hari Ahad, tea-dance tak popular. Aaanyway, masa tu, first time gua tengok Wings. Belum keluar album lagi masa tu. Perghhh!!! Time tu, Awie punya vokal memang la power, walaupon kasar skit. Dengar pon tau, mamat tu ada special skit.

Ish … tahun 80-an ke awal 90-an tu dulu, memang la zaman gemilang rock kapak. Antara band-band lain masa tu, ada Gersang (dengan pretty boys mereka, Man Bai dan Acis — budak St. John, sekarang ni dah kawin ngan Sheila Majid), Rusty Blade dari Singapura, M.A.Y. band keras yang bertahan sampai sekarang, D’Febians yang menampilkan vokalis yang sekarang ni dikenali sebagai Bandi Amuk, Black Rose yang ada dua budak VI dalam band tu, Ababil band yang teramatlah failnya tapi gua sebut kat sini sebab lead guitarist dia cousin gua dan bersepah-sepah lagilah band rock kapak.

Gua ingat lagi masa tahun 90/91 camtu, gua tengah buat A-Level kat Cheras. Member gua ada kaset “bootleg” satu band ni yang terdiri daripada students Malaysia kat Australia. Diaorang main Ulek Mayang trash metal style … ya, itulah band Cromok.

Salah satu band favourite gua dulu ialah Belantara. Diaorang ni students MARA kat US. Gomen hantar suruh pegi belajar, diaorang jadik band rock kapak pulak. Kah kah kah! Tapi diorang main cun sial. Keras! Metal!

Antara konsert terakhir gua pegi tengok dulu ialah Konsert Rooftop Sungai Wang awal tahun 1990[2]. Konsert tu menampilkan band Wings dan Search, serta Ella (yang dah belah dari Ella & the Boys dan jadik penyanyi solo). Power sial! Masa tu gua keje night shift kat 7-Eleven. Start keje kul 11 malam, tapi gua mintak boss gua masuk lambat skit sebab tengok konsert tu. Gua pegi ngan member gua, yang jugak jiran rumah sebelah gua dan jugak budak MCKK (tapi takpe, walaupon budak MCKK, dia tak la eksyen sangat). Gua bawak keta Volvo 144 bapak gua, parking kat Sungai Wang. Konsert tu start ngan Wings, pas tu Ella, last sekali Search. Masa Wings ngan Search, kitaorang nyanyi sekali. Masa Ella, kitaorang nganga je, sebab bukan tau sangat lagu dia — tapi dia memangla tersangat cun malam tu. Pakai jeans ketat ngan blouse putih. Gua cakap sama lu … gua rasa semua jantan-jantan malam tu memang la sah “Dua Insan Bercinta” sama Ella.

Ish … gua tersangat “enjoys” lah zaman rock kapak tu dulu. Itu pasal gua cukup berbulu tengok filem “Rock” arahan Mamat Khalid tu. Sungguh banyak potensi nak menaikkan rasa nostalgia dalam filem tu, tapi Mamat Khalid memang gagal. Gagal!

Kah kah kah!! Ahaks!

[1] Walaupun, kalau nak dikirakan, era Rock Kapak bermula lebih awal dari tu. Lihat paparan Wikipedia ni.

[2] Ada satu lagi konsert gua pegi, tapi tak ingat sebelum ke selepas konsert rooftop — konsert Wings kat Stadium Negara. Ni lepas keluar album “Teori Domino” ngan lagu slow rock hitnya, “Sejati”. Gua pegi ngan kakak gua dan sorang minah pengkik ni yang keje ngan gua kat 7-Eleven. Gua masa tu memang minat gila kat minah tu, tapi takleh citer … kah kah kah!

Final note:

Those days, it wasn’t just the Malay rock scene. Those were the glory days of Iron Maiden (Up the Irons!), Metallica (with Cliff Burton), Dio (Holy Diver!), Def Leppard (Hysteria!) and Scorpions (Rock You Like a Hurricane!) too. Ah, fuckit.

3 Responses to “Nostalgy Rock Kapak”

  1. Gier..kaset belantara wa ada ngan lu ke. Hilang le beb. Boleh download pakai bittorrent tak?
    How can you leave out Bumi Putra Rockers or ‘BPR’. Do you think there was a hidden and higher meaning to the name or its just another name for ‘Melayu Rockers’?

  2. Gier..kaset belantara wa ada ngan lu ke. Hilang le beb. Boleh download pakai bittorrent tak?

    Manader, sial. Gua punya pon dah hilang, kakak gua pow. I have the Best Of collection on CD tapi.

    How can you leave out Bumi Putra Rockers or ‘BPR’. Do you think there was a hidden and higher meaning to the name or its just another name for ‘Melayu Rockers’?

    Ya, I forgot about them. They were crap, man. Mat-mat bunga perasan nak jadik rockers. Their “Seribu Tahun Takkan Mungkin” was rivaled in corniness only by XPDC’s “C.I.N.T.A”. At least, XPDC gave a spelling lesson along the way, though. Those days, nobody batted an eyelid at the name, though, did we?

  3. Torrent BAAAD.

Leave a Reply