Kisah supply “toner”

October 15th, 2007 gier

Maka alkisahnya Syarikat Gemilang Jasabakti Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Halim dan Johan, setelah berjaya dalam urusniaga mereka yang pertama, semakin rancak maju kehadapan. Sesudahnya membekalkan ding-dong dulu, Gemilang Jasabakti mendapat kontrak-kontrak lain pula. Antaranya ialah membekal “toner” untuk sebuah Jabatan kerajaan di bawah satu Kementerian.

Untuk membekal toner ni, GJSB terpaksa mendaftar dengan Kementerian Kewangan, sebagai pembekal kelengkapan IT. Antara syarat-syarat nak jadi pembekal IT kepada kerajaan, kena ada seorang daripada pengarah syarikat tu kelulusan IT, dan jugak ada kakitangan berkelulusan IT. Halim tu, kelulusan kejuruteraan sivil. John pulak kelulusan Business Administration, walaupun Johan pernah bekerja di sebuah syarikat IT. Oh ya, oleh kerana Syarikat GJSB memang dah mula maju, kedua-dua brader ni berhenti dari kerja lama diaorang dan sekarang menumpukan sepenuh perhatian kepada GJSB ni.

Untuk mendapat pendaftaran KK tu, diaorang tanya kat Dato’ Zak, “penaung” mereka dari zaman ding-dong dulu lagi, samada ada apa-apa cara atau “lobang” memandangkan pada dasarnya diaorang ni tak layak.

Memanglah nasib mereka ni baik, sebab kena la pulak sorang anak Dato’ Zak ni memang ada kelulusan dalam bidang IT. Ikram, anak Dato’ Zak tu merupakan pemegang ijazah Bachelor of Science, Information Technologies dari University of Kellogg Northwestern, USA. Dia baru graduate 3 tahun lepas, dan selama ni bekerja sebagai Analyst (penganalisa) dekat satu syarikat pakar runding antarabangsa yang beroperasi dari KLCC. Atas pujukan (dan arahan) Dato’ Zak, Ikram letak jawatan dia kat syarikat tu dan join Halim dan Johan di GJSB. Dato’ Zak pulak masukkan duit dia sendiri sebanyak RM 25,000 dalam GJSB sebagai saham pemilik (pakai nama Ikram la, sebab nama dia tak boleh “keluar”). Sekaligus, campur sini-sana, saham berbayar GJSB naik sampai RM 112,000, dan saham dibenarkan sekarang dah RM 500,000. Panjang citer gak macam mana naik sampai RM 112,000, tapi citer pendek dia Johan tu gunakan untung yang diterima dalam projek-projek sebelum ni untuk naik kan saham berbayar tu.

Ish, panjang la pulak “back story” ni. Nak lagi pendekkan citer, kontrak supply toner ni, Dato’ Zak jugak yang dapatkan untuk GJSB, sebab tu dia pon semangat nak letak anak dia, Ikram, kat dalam GJSB.

Dia ada cakap kat Johan, “Awak dengan Halim ni, saya nampak memang anak Melayu yang bagus. Jadi, kau berdua tolong bagi petunjuk sikit kat Ikram tu, bagi dia nampak cara-cara nak jadi usahawan bumiputra.” Sambung Dato’ Zak lagi, “Saya memang yakin GJSB ni akan berjaya dan dapat pergi jauh. Sebab tu saya akan letak sekali duit saya dalam GJSB ni. Dan saya akan tolong lagi, dapatkan kontrak-kontrak lain.”

Macam tu lah. Kalau tak ada Dato’ Zak ni, memang tak naik Halim ngan Johan, dan mereka berdua ni memang terhutang budi kat dia, jadik Ikram join tu diaorang tak ada hal sangat lah.

Okeh, balik kepada supply toner tu.

Jabatan kerajaan tu sebelum ni ada keluar tender untuk beli komputer, rangkaian dan printer. Setelah tender tu keluar, baru la tersedar dalam “spec” tender tu tak masuk pasal “consumables” — toner-toner untuk printer. Jadi, keluar la lagi satu sebutharga untuk supply toner. Sebab bajet untuk beli toner tu kurang dari RM 200,000, tak payah tender balik. Kena dapat sebutharga dari 3 syarikat bumiputra je. Dan sememangnya, satu je pon syarikat yang masuk sebutharga tu, GJSB. Lagi dua syarikat, diaorang tong-tong pakai pendaftaran KK syarikat lain dan masukkan quote lebih tinggi dari GJSB. Ni perkara biasa, banyak syarikat-syarikat Bumiputra buat camtu.

Jabatan tu perlukan sebanyak 20 toner sebulan, dan kontrak ni untuk satu tahun (12 bulan). Harga runcit pasaran satu toner tu, RM 250. Jadi, untuk 12 bulan x 20 toner, jumlah harganya … RM 60,000 (240 toner). Tapi, memandangkan bajet Jabatan tu RM 200,000, tak guna la supply rendah sangat, ye tak? Bajet dah ada. Kalau tak belanja, nanti orang soal pulak, ye tak?

Arakian, GJSB masuk quote sebanyak RM 833 satu toner, menjadikan jumlah sebutharga tu … RM 199,200. Ini merupakan kadar keuntungan sebanyak lebih daripada 200%. Seperti biasa, Dato’ Zak amik la sikit, sebab dia yang tolong dapatkan kontrak tu, dan jugak kena la bagi sikit kat pegawai Jabatan tu yang bagi lobang kat Dato’ Zak. Jadik, kena pass kat Dato’ Zak RM 60,000. Tak kisah lah … janji untung, ye tak?

Sebenarnya, Jabatan tu pon, takde la nak pakai sampai 20 toner sebulan. Kegunaan printer tu tak sekata sepanjang tahun. Ada bulan pakai 5 toner, ada bulan pakai 12 toner. Pegawai IT Jabatan tu bagitau kat pengurusan yang jumlah maksimum yang digunakan dalam sebulan ialah 20 toner. Sebab tu Jabatan tu mintak 20 toner sebulan. Kalau Jabatan tu amik jumlah minima atau purata, takut ada bulan tak cukup toner, dah tak boleh print pulak. Dan untuk kontrak macam ni, Jabatan tu nak elakkan daripada membuat V.O. (”variable order“) sebab V.O. ni boleh membawa kepada rasuah ataupon corruption. Jadi, untuk menentukan yang Jabatan tu tak ketandusan toner, tak terjebak dalam anasir korupsi and dapat menolong syarikat Melayu, maka Jabatan tu beli lah 20 toner sebulan.

Dan supaya Pegawai tak ditanya kenapa bajet yang diberikan tak dibelanja sepenuhnya, Jabatan tu dapatlah membeli toner dengan harga RM 833 sebijik, walaupon harga pasaran hanya RM 250.

Dan GJSB semakin melangkah maju …

Posted in Gemilang Jasabakti | 4 Comments »