Sempena Mesyuarat Agung Tahunan UMNO — Mempersembahkan … UMTEAM!

October 31st, 2007 gier

Seperti yang kita maklum, Mesyuarat Agung Tahunan UMNO akan berlansung tidak lama lagi. Sejurus daripada itu, memetik daripada wawancara yang telah dilakukan bersama Dato’ Norza Zakaria di Malaysiakini tidak lama dulu, dan juga berdasarkan kepada liputan wawancara tersebut di blog ini, pihak penganalisa MILF-PRON telah menyiapkan “team-sheet” untuk pasukan UMNO-TEAM (UMTEAM) yang dijangka akan bergasak sesama sendiri dan juga mana-mana lawan — tak kira musuh (seperti PKR, PAS, DAP), ataupun sekutu (GERAKAN, PPP). Sila tatapi “team-sheet” yang diberikan dibawah (klik pada imej untuk yang lebih besar):

UMTEAM

Seperti yang dapat kita lihat, UMTEAM menggunakan susunan 4-3-3, dengan Dato’ Abdullah sebagai penyerang utama, disokong oleh sayap kiri dan kanan. Bahagian tengah padang di kuasai oleh Dato’ Shahrizat, bersama dengan Dato’ Hamid Albar dan Dato’ Radzi Sheikh Ahmad. Barisan pertahanan pula mempraktikkan “diamond formation” yang mana Dato’ Seri Najib Razak menduduki posisi “overlapping left-back” supaya dia boleh menghidupkan falsafah “out from left field” dan menggegarkan lawan.

Penjaga gol, tidak lain tidak bukan lagi … Dato’ Seri Nazri Aziz. Yang merisaukan pada prestasi Dato’ Nazri ialah kebolehannya untuk menjaringkan gol sendiri …

Barisan simpanan adalah wawasan MILF-PRON berdasarkan wawancara yang disebut di atas. Kita dapati yang Dato’ Mukhriz ada di tepi sedikit. Ini adalah kerana, pada pendapat kami, Dato’ Mukhriz kalau boleh ingin di “transfer” ke pasukan lain, tetapi oleh kerana tiada pasukan lain yang “credible”, dan juga pasukan UMNO (Baru) ini diasaskan oleh penyerang/pertahanan terbaik mereka yang juga merupakan bapanya sendiri (Tun Mahathir), maka memanglah tiada pasukan lain yang dapat disertainya.

Adalah dijangka bahawa sekiranya pemain simpanan lain, pada satu hari nanti dapat menjadi “first Eleven”, Dato’ Mukhriz mungkin akan di “drop” kan. Entahlah beb.

Sekian analisa “team-sheet” UMTEAM oleh penganalisa Mentera Institute of Learning Foundation for Political Research On Nationalism, MILF-PRON.

Terima Kasih.

Posted in Lame Jokes, MILF-PRON, Politics | 5 Comments »