Di negeri orang — Taipei (bhg. II)

June 5th, 2009 gier

Semalam aku ada cakap nak cerita pasal dua restoran halal dekat dengan hotel aku, tapi aku malas. So hari ni, sebagai amal … err … aku tak ingat, bunyi macam syariah, tapi sebagai amal aku tu, aku story la skit.

Dekat dengan hotel aku ni, jalan depan sikit ada dua restoran. Satu nama dia Thai Food Garden Halal Restaurant dan lagi satu nama dia Yunus Halal Restaurant. Kedua-dua restoran ni hampir bersebelahan. Har, korang tengok lampiran Google Map yang aku tempek kat bawah ni:

Restoran halal kat Taipei (patut boleh inline je terus kat dalam blog ni, tapi aku tengah malas nak gedik Wordpress).

Sebelum aku sambung pasal restoran tu, aku nak story sikit pasal hotel aku ni. Hotel ni ada dua reception. Satu reception yang biasa punya, lagi satu reception kat tepi sikit. Aku sebenarnya heran la jugak pasal apa ada dua reception. So aku pegi tanya la kan?

Minah amoi kat reception biasa tu (nama dia Barbie. Betul, aku tak tipu) cakap kat aku reception lagi satu tu untuk orang yang datang duduk hari je, sama ada sejam ke, dua jam ke atau seterusnya tapi tak sampai lebih 8 jam.

Pelik. Agak orang kat Taipei ni suka masuk hotel dua tiga jam, lepak lepak je kot. Apa diaorang buat, ek?

Tapi takpelah, tu diaorang punya pasal.

Balik kat story restoran tu.

Dua-dua restoran ni, dia punya menu hampir sama. Malah, kalau aku pikir-pikir balik, kemungkinan persamaan dia menjangkau sehingga 99%. Mungkin yang beza cuma jenis teh dia pakai, tu pon entah-entah sama.

Lepas tu, stail dia hidang pun sama. Bekas nasi besi, dengan cawan air kosong besi. Pinggan, mangkuk, mangkuk sup, bekas dessert … sama je.

Tapi tokey lain-lain.

Aku tergerak gak nak tanya kalau diaorang ni dulu adik-beradik ke, lepas tu gaduh macam restoran daun pisang kat Sec. 11 kat PJ tu. Tapi aku pikir-pikir balik, peduli apa aku.

Tengok gambar kat bawah ni:

Benda-benda yang aku ngan geng aku makan

Benda-benda yang aku dengan geng aku makan

Meh aku describe sikit amende yang aku cekik kat salah satu restoran tu. Bermula dari atas, dan bergerak arah jam,

1. Nama dia aku tak ingat, tapi aku panggil benda tu: Lempeng udang. Sedap dan ranggup.

2. Tak tau jugak apa nama, tapi aku bagi nama: Ayam goreng garing duduk atas kobis campur dengan kicap. Best.

3. Nama aku bagi: Daging separuh cincang dalam kuah macam ada santan. Okey je yang ni.

4. Tu pinggan aku la.

5. Ni sayur kankung dengan udang kering sikit dan mungkin ada halia kot. Sayur, beb. Biasa je la.

6. Sup kobis. Tapi korang tak nampak sebab tak enter frame. Aku dah amik gambar baru teringat, lepas tu dah malas.

Untuk restoran lagi satu tu, aku ada gambar jugak, tapi aku pikir tak payah la tunjuk, sebab aku makan sama je macam kat atas, tolak lempeng udang tu.

Kenapa lempeng udang tu takde? Oh, sebab masa tu first time pegi, so aku dengan geng aku tu ikut je la mamat restoran tu kata apa. So dia bagi la ayam dengan daging tu. Lepas tu aku spy meja sebelah lantak lempeng tu macam best je.

So, bila aku migrate pegi restoran lagi satu malam tu, aku mintak lempeng tu jugak la.

Err .. aku nak buat kerja lain la pulak. Mengarut je ni.

Malam ni aku pegi lagi restoran yang aku makan lempeng tu. Sebab tadi masa lunch aku spy meja sebelah order udang campur isi ketam macam power je. Aku nak try yang tu pulak.

Posted in Mentera Moden | 4 Comments »

Di negeri orang — Taipei

June 4th, 2009 gier

Semalam aku landing kat Taipei, iaitu ibu negeri Taiwan. Taiwan juga dikenali sebagai Republic of China, tapi dia bukan negeri China. Negeri China, nama dia People’s Republic of China. Aku kat ROC, Najib kat PROC.

Jadik sebenarnya ada 2China la. Ini bukan satu yang unik, sebab kat dalam dunia ni ada 2Congo. Iye, betul, ada dua. Satu tu nama dia Democratic Republic of Congo dan lagi satu, Republic of Congo. Aku tak tipu, beb. Pegi tengok kat Wikipedia.

Apa-apa pun, aku dah tinggalkan 1Malaysia dan sekarang ni tengah lepak kat bilik hotel aku sambil tengah pikir nak buat kerja ke, atau nak tulis artikel. Sambil-sambil aku pikir ni, aku ingat saja je la nak goreng kat blog aku ni.

Walaupun aku masih dalam keadaan potoi, aku tetap jugak kena kerja dan sebab tu la aku kat sini. Aku duduk kat hotel di tengah bandar. Kat mana, kau tanya? Dekat sebelah 7-11.

Kemungkinan besar la kan, kat Taipei ni ada dalam 100,000 7-11. Tak pun lebih. Haha!

Depan hotel ada satu, belakang ada satu, tepi sikit ada lagi satu, jalan lagi sikit ada lagi satu. Gila 7-11 agaknya diaorang ni.

Pagi tadi, sebelum aku belah pegi Computex, aku pegi coffee house hotel ni, sebab nak makan breakfast. Dah bayar sekali dengan bilik, so kalau tak makan rugi la, ye tak? Sampai je kat coffee house tu, ada Auntie sorang tanya aku nak makan apa — Chinese breakfast atau American breakfast. Aku jawab, “American.”

Lepas tu, aku tanya dia breakfast American tu apa dia?

Dia cakap, “Egg and toast.” Cantik.

Aku tanya la pulak Chinese breakfast tu apa dia?

Dia cakap, “Congee.” Bleh.

Nasib baik aku mintak American.

Breakfast aku pun sampai selepas beberapa minit. Betul ada roti bakar dua keping, telur mata lembu dua keping. Tapi sebagai “value-add” ada sosej dua keping dan bacon sekeping. Aku tengah lapar tu beb! Jadik aku tolak tepi sosej dengan bacon tu, pas tu aku libas abis roti dengan telur. Boleh tahan gak sedap dia. Minyak je la banyak sikit.

Abis je lepas tu, aku belah pegi Computex.

Cerita tak abis lagi ni, tapi aku dah malas. Kena buat benda lain la pulak. Kalau aku rajin, nanti aku nak cerita pasal ada dua restoran halal dekat dengan hotel aku ni (tapi aku rasa, tak rajin punya).

Ah, potoi.

Posted in Mentera Moden | 1 Comment »