Di negeri orang — Taipei (bhg. II)
June 5th, 2009 gier Posted in Mentera Moden | 4 Comments »
Semalam aku ada cakap nak cerita pasal dua restoran halal dekat dengan hotel aku, tapi aku malas. So hari ni, sebagai amal … err … aku tak ingat, bunyi macam syariah, tapi sebagai amal aku tu, aku story la skit.
Dekat dengan hotel aku ni, jalan depan sikit ada dua restoran. Satu nama dia Thai Food Garden Halal Restaurant dan lagi satu nama dia Yunus Halal Restaurant. Kedua-dua restoran ni hampir bersebelahan. Har, korang tengok lampiran Google Map yang aku tempek kat bawah ni:
Restoran halal kat Taipei (patut boleh inline je terus kat dalam blog ni, tapi aku tengah malas nak gedik Wordpress).
Sebelum aku sambung pasal restoran tu, aku nak story sikit pasal hotel aku ni. Hotel ni ada dua reception. Satu reception yang biasa punya, lagi satu reception kat tepi sikit. Aku sebenarnya heran la jugak pasal apa ada dua reception. So aku pegi tanya la kan?
Minah amoi kat reception biasa tu (nama dia Barbie. Betul, aku tak tipu) cakap kat aku reception lagi satu tu untuk orang yang datang duduk hari je, sama ada sejam ke, dua jam ke atau seterusnya tapi tak sampai lebih 8 jam.
Pelik. Agak orang kat Taipei ni suka masuk hotel dua tiga jam, lepak lepak je kot. Apa diaorang buat, ek?
Tapi takpelah, tu diaorang punya pasal.
Balik kat story restoran tu.
Dua-dua restoran ni, dia punya menu hampir sama. Malah, kalau aku pikir-pikir balik, kemungkinan persamaan dia menjangkau sehingga 99%. Mungkin yang beza cuma jenis teh dia pakai, tu pon entah-entah sama.
Lepas tu, stail dia hidang pun sama. Bekas nasi besi, dengan cawan air kosong besi. Pinggan, mangkuk, mangkuk sup, bekas dessert … sama je.
Tapi tokey lain-lain.
Aku tergerak gak nak tanya kalau diaorang ni dulu adik-beradik ke, lepas tu gaduh macam restoran daun pisang kat Sec. 11 kat PJ tu. Tapi aku pikir-pikir balik, peduli apa aku.
Tengok gambar kat bawah ni:

Benda-benda yang aku dengan geng aku makan
Meh aku describe sikit amende yang aku cekik kat salah satu restoran tu. Bermula dari atas, dan bergerak arah jam,
1. Nama dia aku tak ingat, tapi aku panggil benda tu: Lempeng udang. Sedap dan ranggup.
2. Tak tau jugak apa nama, tapi aku bagi nama: Ayam goreng garing duduk atas kobis campur dengan kicap. Best.
3. Nama aku bagi: Daging separuh cincang dalam kuah macam ada santan. Okey je yang ni.
4. Tu pinggan aku la.
5. Ni sayur kankung dengan udang kering sikit dan mungkin ada halia kot. Sayur, beb. Biasa je la.
6. Sup kobis. Tapi korang tak nampak sebab tak enter frame. Aku dah amik gambar baru teringat, lepas tu dah malas.
Untuk restoran lagi satu tu, aku ada gambar jugak, tapi aku pikir tak payah la tunjuk, sebab aku makan sama je macam kat atas, tolak lempeng udang tu.
Kenapa lempeng udang tu takde? Oh, sebab masa tu first time pegi, so aku dengan geng aku tu ikut je la mamat restoran tu kata apa. So dia bagi la ayam dengan daging tu. Lepas tu aku spy meja sebelah lantak lempeng tu macam best je.
So, bila aku migrate pegi restoran lagi satu malam tu, aku mintak lempeng tu jugak la.
Err .. aku nak buat kerja lain la pulak. Mengarut je ni.
Malam ni aku pegi lagi restoran yang aku makan lempeng tu. Sebab tadi masa lunch aku spy meja sebelah order udang campur isi ketam macam power je. Aku nak try yang tu pulak.
August 3rd, 2009 at 13:46
Hey dude! ini sangat interesting, ini bertama kali saya baca and tulis Malay selepas dua puloh lima tahun! Saya rasa patutlah begini sekali lagi selepas semua sekolah berlajah Malay!!! Land on this blog by accident, you have some interesting article and most of all the “benda benda atas meja untok makan” that so finger licking best. I’m not the retarded one, ok? LOL. Oh! just want to say apa khabar!
December 10th, 2009 at 17:01
amal jariahj laa….peh name Barbie..stim stim
December 11th, 2009 at 14:49
Apa nama hotel which u have stayed in Taipei tu? Motel kot… hehehe…
December 25th, 2009 at 9:04
Bang bontot hang mesti best kan…wakakakas