Impian Gay Menggamit Kebuntuan
November 24th, 2009 gier Posted in Mentera Moden | No Comments »
Sebenarnya, aku tak tau apa makna perkataan ‘menggamit’ tu, tapi aku pakai jugak sebab ia membuatkan title post aku ni macam glamer skit. Tapi mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, menggamit to makna dia “memberikan isyarat dgn menggerak-gerakkan jari ke atas dan ke bawah: Ani ~ saya ke tempatnya.“
Makna dia tu … apa dia “Ani ~ saya ke tempatnya.“?
Tapi, macam mana pun, aku tengah nak melawan kebuntuan kepala otak aku ni yang menyebabkan aku macam tak berupaya nak menulis apa-apa buat sekian lamanya. Terutama sekali dalam bahasa omputeh. Itu sebab post aku hari ni dalam bahasa melayu. Memang tengah macet kepala aku ni.
Ada lagi satu sebab kenapa aku tulis dalam bahasa melayu, sebenarnya. Aku ada hati nak hantar satu cerpen untuk dipertimbangkan oleh penyunting bagi satu antologi baru yang akan diterbitkan oleh Matahari Books, berjudul “Orang Macam Kita“.
Antologi tersebut dicadangkan sebagai satu koleksi karya-karya tentang seksualiti alternatif di Malaysia. Dalam kata pendek, cerita-cerita pasal insan-insan gay, lesbian, transeksual, biseksual, dwi-kelamin dan lain-lain jenis yang bersabit.
Cita-cita aku ni kira tinggi la jugak, sebab sebelum ni aku tak pernah tulis cerpen, esei ataupun apa-apa jenis karangan dalam bahasa melayu selepas peperiksaan SPM aku. Masa SPM tu pun, BM aku dapat C4 ke C5. Dan aku rasa dapat gred tu terutama sekali sebab kertas karangan aku merapu tak tentu.
Tapi … itulah, memang aku tergerak sangat nak tulis cerpen untuk antologi tu. Sebab aku memang ada cerita yang nak diceritakan. Cerita yang lebih kepada memoir daripada cerpen, tapi kalau aku tulis memoir secara bulat-bulat, nanti macam tak berapa menarik. Sebab hidup biasa ni, sebenarnya taklah sehebat fiksyen secara amnya.
Sebagai kesimpulan, aku nak cerita pasal seorang jejaka (berdasarkan sikit-sikit secara longgar atas diri aku sendiri) yang bekerja di kedai 7-11 bersama-sama dengan sekumpulan gadis pengkid. Jejaka itu merupakan seorang yang naif, dan pada mulanya tidak boleh memahami bahawa ada golongan perempuan yang hanya tertarik kepada perempuan sahaja dan tidak merasa apa-apa keghairahan terhadap lelaki.
Oleh kerana kenaifan, jejaka itu berkawan dengan gerombolan pengkid-pengkid, dan tidak pernah sesekali memikirkan tentang seksualiti mereka ataupun kemungkinan yang mereka memang tidak akan ada lansung apa-apa perasaan yang boleh melangkau lebih daripada kawan terhadap dirinya.
Untuk menjadi kisah, aku nak cerita bagaimana jejaka itu semakin hari semakin tertarik kepada seorang daripada rakan pengkidnya. Rakan pengkidnya memang merasakan suka kepadanya, tetapi hanya sebagai seorang kawan baik dan tidak lebih dari itu. Tetapi jejaka itu tidak berkeupayaan untuk membezakan antara suka seorang kawan dan suka seorang gadis terhadap seorang jejaka. Naif, sungguh naif.
Aku tengah pikir lagi ni, macam mana nak buat cerita tu habis-habis sehingga ke pengakhirnya, dan aku tengah pikir kalau aku boleh buat satu denouement pada hujung cerita tu. Tapi tu dah pikir jauh sangat. Bahagian tengah pun tak habis lagi dicorakkan.
Yang lebih pentingnya, boleh ke aku tulis cerpen tu? Larat ke? Tulis post macam ni pun, dalam bahasa melayu, rasa macam nak berkecai sel-sel otak aku.
Apa-apa pun, aku kena berlatih menulis dalam bahasa melayu, dan juga perlu membaca lebih buku-buku dan cerpen-cerpen melayu. Aku dulu selalu ada baca buku ni, tajuk dia “Kupu-kupu Terbang Malam” … dan juga lain-lain buku sepertinya, tapi sekarang aku tak tahu mana nak cari buku-buku seperti itu lagi dah. Pernah jugak aku selalu beli buku-buku tulisan Khadijah Hashim, dan yang aku paling gemar buku bertajuk “Mira Edora”.
Tapi itu dulu.
Sekarang ni, aku tengok dekat kedai buku, boleh tahan jugak koleksi buku-buku novel melayu. Mungkin aku beli satu ke dua karang. Samada aku berjaya atau tidak menghantar penyertaan aku ke penyunting antologi tu, aku tak tau lagi. Tapi, angan-angan itu free, dan mungkin boleh menjadi kenyataan.
Leave a Reply